C L O U D ;
ABOUT ENTRY TWITER FACEBOOK
Alhamdulillah !
Thursday 13 June 2013 • 18:54 • 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

Lama kan , aku tak update . Selama nie banyak luangkan masa dengan social network yang lain . Ecehh , banyaknya social network . Ye la , mana taknya duk hadap Twitter , Instagram , Keek , Facebook (sekarang kurang dah yang nie) . Hahaha pencapaian yang cemerlang ! Gahh ! Kenapa pencapaian yang cemerlang ? Sebab sekarang Facebook dah semakin boring untuk aku . Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa sebabnya . Biarkanlahh ok ?

Today , nak update sikit sikit tentang diri ini . Amboihh kelas kau Meen :p Tak de laa , saje nak letihkan jari jemari nih je . Lepas result SPM keluar , beberapa hari lepas tu terus update balik upu . Kali nie memang kena suit dengan result kita kalau tak kos memang lari . Sebenarnya cita cita aku nak jadi cikgu . Cikgu kau tahu ! Aku mohon jugak ipg nih . Tapi sedih gak sebab tak diterima . Ye la semua orang pun tahu , soal nak menjadi seorang pendidik nie memerlukan kekuatan dari segala sudut tak kira lah dari result kita ke , ketahanan fizikal dan mental kita ke kan . Nak nangis hentak hentak kaki kau tahu tak dapat capai cita cita aku nie . So , nak tak nak , aku kena ada plan B ! Yang mana plan B nie la yang akan back up masa depan aku . Acecehh gitu katekoo ! Dulu aku dapat gak tawaran ke form 6 , tapi aku tak pergi pun daftar . Aku risau gak ah takut tak boleh pergi mana mana . Ye la takkan nak tanam anggur tepi , depan , belakang rumah kan ? Orang pun tak nak beli . Aku mintak gak nurse USM . Nombor pin dia memang beli asing asing dengan nombor pin yang kita beli untuk isi upu dulu . Dalam 60 hingget tak silap aku . Tapi semua Mama dan Abah aku uruskan . Yang aku tahu , isi sikit sikit yang mana perlu tapi mostly Mama aku yang handle kau tahu ! Siapa yang nak belajar pun aku tak tahu hahaha . Kalau suruh aku yang completekan borang borang tu hmm alamatnya lambatlah siap . Siap tu siap k , cuma lambat je !

Bila result upu keluar , aku check dengan SMS je haritu sebab line tenet slow macam kura kura nak beranak ok . Check punya check pangggg !! MAAF , ANDA TIDAK BERJAYA . Lebih kurang cenggitu lah ayat dia . Tak berjaya ok , tak berjaya . Then , aku decide nak tunggu result politeknik dan result USM keluar . Yang USM punya memang tak keluar sekali dengan result upu and aku pergi interview jugak untuk kos nursing nih . Ingatkan aku dengan Niena je yang mintak , rupanya mak aihh ramai lagi kawan sekolah aku yang mintak ! Best ok interview sekali ! At least ada kawan kawan takde la aku rasa macam tunggul je menunggu untuk diinterviewkan . Haa , gituuu hahaha . Alhamdulillah , not bad lah masa interview tu , enjoy je :)

Balik kepada cerita tadi . Aku takdelah nak letak harapan tinggi kat upu tu sebab ramai kawan aku takleh yang first intake . So , redha dan pasrah yang ku mampu . Bye Diploma Bahasa Inggeris . Mungkin bukan rezeki aku . Aku kena kuat sebab sekarang bukan nak bergantung kepada ambition aku semata semata sebab kalau aku menaruh harapan tinggi untuk kos tu , kalau aku tak dapat cemana ? Tak ke gila meroyan tak dapat apa yang dicitakan ? Memang BI aku takde la strong mana , tapi aku punya semangat nakkan kos tu tinggi woii ! Bukan rezeki aku nak buat cemana kan ? ALLAH  itu MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita semua :) Senyum ok !

SELALU ADA HARAPAN BAGI MEREKA YANG BERDOA , 
SELALU ADA JALAN PERTOLONGAN BAGI MEREKA YANG BERUSAHA , 
SELALU ADA YANG  TERBAIK BAGI MEREKA YANG BERTAWAKKAL , 
INSYAALLAH , YAKINLAH PADA ALLAH SAHABAT !

Result politeknik pun keluar and Alhamdulillah aku berjaya ditawarkan kos Diploma Sains Kesetiausahaan , Polisas , Pahang :) Yang bestnya Khaty pun dapat kos nie . Tahniah untuk dia ! Tapi , aku tunggu lagi sampai result USM keluar . Sebab pada awalnya memang aku tak nak belajar jauh . Biarlah orang kata rugi ke apa ke sebab tak keluar dari Kelantan , tak kenal tempat baru ke apa . Aku tetap nak tunggu yang USM punya ! Aku fikir gak kalau dapat dua dua cemana ?

TAHNIAH ! ANDA BERJAYA DITAWARKAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN SIDANG AKADEMIK 2013/2014 . 

Ya ALLAH ! Masa tu memang aku jerit lompat lompat pergi peluk Mama Abah kau tahu ! Gembira sangat ! Ni lah yang dikatakan rezeki dimana mana , ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita . Redhakan apa yang bukan milik kita , InsyaALLAH yang lebih baik menanti di hadapan :) So , bincang punya bincang aku dengan bulat hati mahu melanjutkan pelajaran di USM . Semoga ini yang terbaik untukku . Kepada kawan kawan yang dah berjaya melanjutkan pelajaran tu , belajar elok elok tak kira walaupun kita berjauhan , aku titipkan doa buat kalian agar kita sama sama berjaya dan semoga ukhwah persahabatan kita tetap utuh . Pada 1 SEPTEMBER ini , maka aku akan bergelar seorang pelajar kembali tapi kali ini seorang mahasiswi di sebuah universiti . Alhamdulillah :)

NOTE :  LIVE LIFE FOR WHAT TOMORROW HAS TO OFFER , NOT FOR YESTERDAY HAS  TAKEN AWAY :)


PASTFUTURE
MY WORDS;
I love to do what every girls do . It is snap . Yeah, collecting photos with every types of face wanna make me laugh and it have its own story bout the pic :)

GIVE ME YOUR WORDS;



BE MINE;



BLOG ARCHIVE;

  • We're not broken , just bent :)
  • HAPPY BIRTHDAY SURAYAFAUZI :)
  • SETIA HUJUNG NYAWA
  • Result SPM2012 .
  • Just A Visit .
  • Kebosanan Melanda .
  • BACK TO SCHOOL . 2013 .
  • Langit tak selamanya cerah .
  • I Knew The Reasons Why I Have U
  • NOT THE LAST ONE ...